Senin, 10 Oktober 2016

Doa Akasya ( Kandungan & Sejarah)


Doa Akasyah adalah doa istimewa, terdiri dari rangkaian Ismul A'zdom. Doa ini juga sangat tinggi martabatnya. Sangat baik dijadikan amalan, meskipun di baca sekali seumur hidup. Doa ini juga banyak kelebihannya bagi sesiapa yang bermunajat pada Allah SWT dengan sesuatu hajat.



 Dalam kitab Mujarabat dan juga Majmuk Syarif yang menyatakan bahawa Doa Akasya asalnya di bawa oleh Malaikat Jibril as dari Arasy. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra; "pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam Masjid Madinatul Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril as dengan membawa Doa Akasyah, lalu diberikan kepada Rasulullah SAW seraya berkata: "wahai Rasulullah, sesungguhnya aku membawa Doa Akasyah, sejak dari Adam as dan nabi-nabi lain belum pernah di beri kecuali kepada engkau."  Kata Malaikat Jibril lagi: "sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun sebelum Allah menciptakan dunia seisinya."
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra juga telah berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda padaku; "jangan kau tinggalkan membaca Doa Akasyah ini, kerana dengan membaca doa ini engkau akan memperoleh keamanan dan anugerah dari Allah sehingga dapat menghafal al-Quran dan kitab."
 Sayyidina Umar bin Khattab ra berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda padaku: "wahai Umar, bacalah doa ini, kerana dengan membaca doa ini engkau akan memperoleh pahala yang sangat besar, 70,000 malaikat berbuat kebajikan untukmu kerana membaca doa ini, seorang malaikat mempunyai 70 mulut dan kepala, setiap mulut akan memuji Allah dan semua itu diberikan kepada orang yang membaca doa ini, dan Allah memberi rahmat kepadanya."
 Sayyidina Uthman bin Affan ra berkata: "sesungguhnya aku dapat menghafal al-Quran berkat doa ini."
  Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib berkata: "aku menjadi kuat berkat doa ini."
 Hassan Basri ra berkata: "aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "sesungguhnya seseorang tidak akan memperoleh pahala sepertimana banyak pahalanya orang yang membaca doa ini."
 Syeikh Sya'ba ra berkata: "aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "barangsiapa yang berdoa dengan doa ini, jika ia meninggal dunia, maka ia akan sentiasa mendapat anugerah dari Allah, 70,000 malaikat menghantar jenazahnya ke kubur, setiap seorang malaikat membawa panji cahaya; para malaikat berkata; "jangan engkau takut, sesungguhnya Allah telah memberi anugerah kepadamu, nanti di hari kiamat akan dibukakan pintu syurga untukmu" dan Allah berfirman: "wahai fulan, sesungguhnya Aku malu menyiksa kamu kerana kamu telah mengamalkan Doa Akasyah ini."

 Banyak lagi kebaikan yang diperolehi dengan mengamalkan Doa Akasyah ini. Sangat banyak fadilatnya, di segi zahir maupun batin, dunia mahu pun akhirat.
Isi Zdikir dan Doa Akasya tunggu di postingan selanjutnya...




Tidak ada komentar:

Posting Komentar